Tuesday, February 15, 2011

maulidur rasul tahun 2011

Maulidur Rasul | Pengertian dan Sejarah




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul)
adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi
yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 )
12 Rabiul AwalTahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil
yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia
akan mengadakan majlis memperingati keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti
perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan
keistimewaan yangakan dikurniakan oleh Allah Subhanahu
Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang
memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam,kerana bila berniat sahaja hendak
mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja
di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala
akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman,
kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang
dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan
pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh
ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu
turut mendapat keberkatannya. Source-Wikipedia

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


salam maulidur rasul kawan-kawan...

No comments:

Post a Comment