Friday, February 13, 2009

thinks 1st b4 speaking to ur wife...


* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanyakepada suami beberapa soalan.* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minumabang pun adalah orang yang sediakan.* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke diaduduk rumah kita.* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khasuntuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab diakidal...* Isteri: @#$%????!!!!!* Suami: (Dalam hati)Alamak!!
p/s:kalau future husband i macam ni...i peluk die kuat2 sampai die pengsan..bila dah pengsan..i kerjakan die..hahahahaha

Thursday, February 12, 2009

wahai si suami...hehehehe


KALAU SUAMI Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati

gitar oh gitar....


erm...aku ni suka menyanyi...nak kata suara aku sedap taklah sedap mana...tapi setakat ni aku nyanyi tak pernah kene kutuk lagi la..hahahaha..tapi kalau masuk american idol..memang kene tujah abis2 ngan simon..hahahaha...hobi menyanyi ni memang dari kecil lagi..aku masa kat sekolah dulu selalu wakil kalau ada penyertaan yang menggunakan suara ni..antaranya nasyid(tak caye kan:)..dikir barat,syair,berzanzi(masa sekolah rendah agama), berlakon(khasnya pentomin) dan etc..hehehe...ayah aku ni ex-singer..agaknya bakat dia turun ke aku kot..huhu..yang aku nak cite sebenarnya pasal gitar...aku rasa kalau seseorang wanita menyanyi sambil bermain gitar agak terserlah 'style'...aku jugak rasa macam nak jadi style gak la..hahahaha..cuma aku nak jadi diri sendiri...main gitar+nyanyi+gubah lirik+wat melodi..hehehe...oleh yang demikian..hahahah...aku akan membeli sebuah gitar akustik untuk realisasikan impian aku..huhuhu..jadi...tunggulah kemunculan gitarku...hehehehehehe

Wednesday, February 11, 2009

oh...ini rupanya kisah si luncai....


herm...selama ini aku terfikir2 kenapa la si luncai tu dikaitkan dengan labu..(kegemaran aku tu la)..hehe..setelah aku mencari akhirnya terjumpa la buku Buku 'Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia', diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said.Alkisah..-Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda.
Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.
Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?"
"Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu.
Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi.
"Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"
Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. "
Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!"
Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.
luncai....luncai...:)

adoiyai..pecah perut tengok si man dol ni..memang samdol!!!!


PART ICikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.PART IIWaktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.Cikgu Berahim : Siapa nak masuk/pergi syurga?Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,Cikgu Berahim : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.PART IIICikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...Cikgu Berahim : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.Cikgu Berahim : Mana tepungnya??Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??PART IVSeperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Cikgu Berahim) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.Cikgu Berahim : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man DolMan : Ada Cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?Cikgu Berahim : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!Cikgu Berahim : Allahhuakbarr!!!PART VCikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?Joe : Untuk mencari makanan, cikguCikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikguCikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...Cikgu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..


hidup ni jangan la jadi cam man dol...lama2 jadi samdol...

herm...marriage life before and after....weird!!!hehehe


Before marriage.Darling here.. darling there...After marriage. Baling here... baling there.. ..Before marriage.I die for you. . .After marriage.'You die, up to you. ' Lagi lama married.You die I help you!..Before marriage.You go anywhere. . I follow you. After marriage. . You go anywhere. . up to you . Lagi lama married. You go anywhere better get lost!! ..Before wedding you are my heart, you are my love'..After wedding'you get on my nerves. ' ..Before wedding' you are sweet and kind just like Cinderella' After wedding' you are worse than godzila'..Before wedding Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you.. After wedding Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you ..Before wedding Every makan he brings you to Shangri-La..After weddingYou want to go, he says you wait-la ..Before wedding She looks like Anita Sarawak After weddingDon't know whether katak or biawak....



macam-macam hal....huhu...

Pantun Untuk Orang Yang Malas Solat... ... ..


untuk pedoman kita semua...termasukla saya...

Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan... .
Mari berpantun~

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang... ...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... .

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

Tuesday, February 10, 2009

PELIK KAN







aku tau...korang mesti tertanya-tanya...kenapalah aku ni suka guna pumpkin kan...tak kira la...myspace aku la...friendster...tagged..facebook..mesti ada perkataan pumpkin...hehehehe..sebenarnya kalau aku cite korang mesti gelak..tak caye..erm..sebenarnya la kan...dulu masa aku sekolah menengah aku suka gile ngan kevin scott richardson salah sorang anggota kumpulan backstreetboys...hahahaha...die tu dikenali ngan pagilan mr pumpkin...so kerana poyo waktu tu...aku pun berlagak nak jadi mrs.dia...so wujudlah mrs.pumpkin..aku sendiri pun tak pasti skang dia masih ingat lagi tak ngan gelaran dia tu..huhu..yang penting aku sampai bila2 akan suka kat dia..so sesape yang ada muka macam dia tu leh la tackle aku..hahahaha.selain dari tu la kan..kenapa aku suka ngan pumpkin??erm....aku suka makan labu..ntahla..koci labu...sayur labu masak lemak..sedap!!!!!!lagi2kalau mama yang buat..huhu

erm...kawan....



kawan...frens...sahabat karib..


kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......kata abah,KAWAN tu umpama bunga ros,dipandang cantik dipegang sakit.....kata atuk,KAWAN tu seperti air terus mengalir.....kata nenek,KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh disana....kate sedare,kawan tu mcm makanan,kawan makan kawan!!kata abang,KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........kata kakak,KAWAN tu tak ubah macam durianbau je busuk tp sedap dimakan....kata adik,KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......kata aku,kawan tu tak kisahlah camner..walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN&MACAM BISKUT!!!dia tetap kawan...tau tak sebab ape???sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...itu cara aku berkawan..!!walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia.walaupun kita punyai harta yg banyak,teman tetap paling berharga.

impianku.....


setelah sekian lama.....
akhirnya aku memiliki sebuah kereta kecil berwarna itam..hehehehe..setelah berhempas pulas menyimpan duit aku dapat la membeli sebuah kereta proton saga BLM 1.3 auto..yes!!!ni bukanlah kereta idaman aku sebenarnya...aku ni suka BMW..tapi tak mampu nak pakai..saga ni aku dalam proses nak kasi cantik...tengah kumpul duit nak masuk spoiler..skirting..erm..macam2 la...wat masa ni masih standard...doakan aku berjaya mengumpul duit kasi cantik ini saga...amin..