Monday, January 31, 2011

tuah ayam nampak di kaki..tuah jodoh...sapa yang tahu kan...

entri kali ini nak bercakap mengenai jodoh...ha..kadang-kadang tak pernah pun kita terfikir nak kawin dengan orang yang macam ni...macam tu....apa yang menyebabkan aku ingin menulis pasal benda ni setelah aku mendapati kawan ku yang ku kenali di FB (lelaki) bertemu dengan jodoh yang dia tidak kenali ( gadis) di arrange oleh mak dan ayah setelah pulang ke malaysia setelah tamat pengajian di ukraine..ape yang menariknya si lelaki ni (seorang doktor kini) follow je pilihan parent die...si gadis pun sama...masing2 tak mengenali diri masing2..berserah pada ketentuan Allah s.w.t katanya..dan sebagai anak yang patuh pada parent..si lelaki tanpa soal banyak terus setuju untuk bernikah dengan si gadis..sangat terkejut..boleh plak macam tu ye...tapi kita tak tau tuah kan...si lelaki memang alim..hensem gilerr(idaman ramai wanita aku kira)..baik...keje bagus...masyuk...pandai...si gadis pula rupa2nya manis...putih gebu..cantik...pandai juga (blajar kat texas) dan sekarang merupakan fello di usm penang...tuah kan..dua2 sesuai le kiranye...kepada sahabat lelaki aku...didoakan semoga hang bahagia selamanya..dan tarikh nikah 13/03/2011 mesti jadi sejarah n majlis persandingan 20/11/2011 (tarikh keramat ni)...berjalan la dengan lancar...amin


ha...agak2nya la ape pendapat korang perkahwinan yang dirancang oleh keluarga ni?tepuk dada tanye iman....renung2kanla dan selamat beramal...


Ada satu persimpangan di mana seorang anak lelaki perlu memilih pasangan hidupnya, dan sering kali ditanya dan di persoal oleh ibu dan ayahnya mengenai pasangan dan masa depan anak lelaki mereka ini.

Sekiranya anak lelakinya itu tidak menunjukkan sebarang tindakan ataupun usaha untuk berkahwin, makanya ibu dan ayahnya akan memperkenalkan kepada anak lelaki ini akan calon mereka.

Calon pilihan ibu bapa pihak lelaki ini memang di sukai dan ibu bapa kepada calon perempuan ini memang rapat dengan ibu bapa pihak lelaki ini.

Namun calon lelaki dan calon perempuan ini tidak pernah bertemu. Cumanya ibu bapa mereka berdua mempunyai 'chemestry' dan mereka memang rapat dan tiada masalah untuk menjalin hubungan yang lebih rapat yakni berbesan.

Anak lelaki ini semakin dalam dilemma ;

1. Tidak mahu mengecewakan ibu bapanya kerana ibu dan bapanya begitu bersungguh-sungguh demi melihat anaknya bahagia dengan calon mereka. Alasan mereka sekiranya ibu bapa mereka baik, sudah tentu anak dan keturunan mereka baik belaka.

2. Anak lelaki ini tidak mengenali gadis yang akan di jodohkan dan berpendapat gadis tersebut tentunya mempunyai pilihannya sendiri kerana gadis zaman sekarang memang mempunyai teman lelaki dan calon yang lebih mereka senangi dan sayangi.

3. Anak lelaki ini masih single dan mempunyai pilihan misterinya sendiri yang tidak mahu di ceritakan kepada sesiapa. (moga Allah s.w.t sentiasa memberinya petunjuk)

4. Anak lelaki ini semakin sakit kepala, apabila pertanyaannya mengenai persimpangan yang di hadapinya, kawan karibnya menasihatkan dia menerima sahaja pilihan ibu bapa sendiri kerana ia lebih berkat dan di rahmati hingga ke akhir hayat.

5. Seperti di tentukan takdir hidupnya.

6. Anak lelaki ini faham akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, mentaati kedua ibu bapanya. Gelisah tak sudah sekiranya calon pilihan hatinya sendiri tak di sukai oleh ibu bapanya. Pilihan mana yang patut di ikutinya,

Sendiri atau keluarga?

Semoga anak lelaki ini di beri petunjuk dan di permudahkan persimpangan yang di hadapinya

Thursday, January 27, 2011

28.01.2011 selamat hari jadi mama!!!!


Mama....
Tangan ini cuba menulis
hati ini cuba meluahkan
Namun..
Walau telah kutuliskan
Seratus sajak untukmu
Ia takkan pernah mampu
Melawan kasih sejati
Menandingi cinta terindah
cinta seorang wanita

Mama..
Dirimu menjadi tempat pelabuhan air mata ini
tika kecil
tika besar...
bahumu tetap menjadi tempat bersandar
Yang kudirikan dalam setiap
Persinggahan waktuku

Mama..
Sudah nampak raut gurat-gurat kelelahanmu
Namun dirimu begitu setia menjaga dan merayu
Waktu
Agar selalu bersahabat denganku

Keriput di jemari
Bulir bulir otot lenganmu
Menjadi fakta sejati
Dirimu tidak pernah sekejap saja
Melepaskan genggaman cintamu
Menyentuh dan mengangkat beban hati
Juga menyelimuti hariku yang begitu dingin

Mama
Bibirmu yang kini mengering
Kerna dirimu tidak henti mengalirkan doa untukku,
Setiap pagi, siang dan malam masih ingin singgah
Selama berpuluh-puluh tahun usiaku.

Mama
Terima kasih atas kasih termurnimu
Sungguh kau,
Adalah cinta yang selalu akan termakna
Terima kasih mama....


luv u so muchhhh...ummmmuuuuaaaahhhh

Tuesday, January 18, 2011

SAHABAT......luv u all much...ummuuuuuuaahhhh








Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita


mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…




MALAM ITU MALAM JUMAAT...

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......hehehee

K.L in the old days.....










aha...Kl dulu ngan sekarang sangat2 banyak bezanya...pic ni aku dapat daripada email yang dikirimkan oleh rakan aku..lama gilerrr da...saje nak kongsi ngan korang semua...kalau dulu camni...skang camni, akan datang camne erk....hihi....


Kenapa?... dan jawapan Al-Quran!

KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah
ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

BISCUIT CITY(u never c before,amazing)






Created by Chinese artist Song Dong in the basement of London Selfridges. 72,000 biscuits were used in total to construct the 'Biscuit city' including Chocolate Digestives, Rich Tea, HobNobs and Fruit Shortcakes. The 'biscuit city' is being offered to shoppers accompanied with a cup of tea for dunking!

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang
kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita

bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama
susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan

bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)

Manusia ,malaikat ,syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie…..zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah……
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa… .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh…awal lagi…mmm..aaahh… suruh si X, punchkanlah…

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..awal lagi nieii….

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.lantaklahh… .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2lah…

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...ayoohhh… .

Manusia – uuhhh…letihnya arini..tak solat lagi nieee….
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sesuatu yg anda x perasan @ terfikir...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.


3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.



4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang ! anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.


Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Sunday, January 16, 2011

PETUA BERAS HILANGKAN JERAWAT


bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, ambil dua genggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus menjadi arang. Kemudian jangan segan silu untuk mengisar beras tersebut sehingga halus..huhu...ambil bahan tadi dan campurkan dengan air dan perah sebiji limau kasturi. sapukan di muka dan ratakan sperti memakai masker. bersihkan setelah kering. lakukan 3 kali seminggu dan insyaallah akan jadi putih licin dan halus wajah kita...pasni tak payah pakai bedak tebal2 lagi...hihi...cuba la...


Saturday, January 15, 2011

TOMAT MAKSIAT


lagu ni betul2 menginsafkan aku...tobat maksiat by wali band..sesuai dengan nama kumpulan ni..renung2 kanlah liriknya....




Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Thursday, January 13, 2011

TODAY HARI UNTUK DIRI SENDIRI

hahahaha..arini pagi pi meeting....herm..tahun ni aku join lagi untuk konvensyen KIK belia dan sukan..herm..ikut hati memang malas...banyak keje...nak belajar lagi....tapi takpela..aku anggap ni tahun terakhir la..dah malas nak join pasni...then abis meeting pi ronda sorang2 tengok wayang kat bukit raja...wow...dekat 3 bulan tak pi sana...rupa2nya panggung sdh di upgrade la...cantik..menarik...siap dah ada couple sit...pssstttt...makin banyak maksiat la..hahaha..tapi yang tak best sit tetap macam dulu gak...sepauh badan paras bahu...damn...sakit belakang wei...takleh nak sandar...insan2 yang tinggi macam aku dah tentu tak selesa...common la jusco..korang dah banyak amik duit kitorang yang kuat shopping n bagi korang income...watla sit tinggi sikit...watla macam kat cineleisure damansara tu...terbaikkk...syiok....sound mantap.sit selesa.huhuhu..ape2 pun ok la....5 star dari 10 star..hihi..tengok citer gullivers travel..macam siot pun ada gak citer ni..adoi...best n tak logik pun ada..hahaha..5 star gak...okla..nak tido suda..esok kene pi wat audit kat ikbn peretak...sigh~~~~nite semua...mimpi indah...muahhhhhh

Tuesday, January 11, 2011

semalam tarikh keramat..arini plak tidak kurang hebatnya...nyum nyum nyum



ha...gilerrr best..pakai ape2 yang berwarna merah je termasuk LIPSTIK....boleh dapat percuma...buy 1 free 1....auwww...tapi untuk arini shaja...best.... 12 januari 2011

PANTUN MARI BERSOLAT

berbaju kurung bertudung labuh
berkain songket berselipar jepun
awal pagi dah sembahyang subuh
agar hidup sentiasa rukun

pagi-pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu sembahyang zohor

orang kaya berkereta besar
sambil bersembang memakan kacang
bila tibanya waktu asar
itu tandanya hari da nak petang

waktu petang menjamah roti
roti dibeli di kedai en syarip
mulut ibu tak henti-henti
menyuruh adik sembahyang maghrib

wanita cantik lelaki kacak
hulurkan senyuman muka berseri
bila malam sembahyang isyak
baru cukup 5 waktu sehari....



renung2kanla dan selamat beramal...

ujian di pagi yang hening.....

sedih lagi....sedih lagi...sedih lagi...Ya Allah s.w.t...kenapa aku sering diuji olehMu..jatuh lagi air mataku buat kali ke-2 untuk minggu ini kerana insan yang bernama LELAKI...cekalkanlah dan tabahkanlah hatiku ini Ya Allah s.w.t dalam menempuh semua dugaan dan ujianMu...berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari yang berikutnya Ya Allah s.wt...aku pasrah dan redha dengan apa sahaja yang Engkau kurnaiakan kepadaku...amin....

PERISTIWA 11 1 11

wow...tarikh yang teramat cantik la arini..herm..yang pastinya paling bermakna bagi ct nurhaliza..kerana die sambut besday die today..ape la yang datuk K bagi kat die erk untuk tahun ni..huhu...kat bawah ni ada la beberapa peristiwa yang pernah berlaku kat malaysia ni pada tarikh 11hb 01...so kita recall balik ye....

11 01 1942 - serangan Jepun ke atas Muar

11 01 1983 - perasmian lebuhraya baru lembah klang

11 01 1964 - seminar perhimpunan belia sedunia

11 01 1967 - satu draf perjanjian mengenai tindakan bekerjasama untuk menentang penyeludupan telah ditandatangani oleh perwakilan2 malaysia dan filipina

11 01 1972- ikatan relawan rakyat malaysia ditubuhkan (RELA)


dan akhirnya.........


11 01 2011 - siti nurhaliza menyambut harijadinya yang ke...... aku tak tau la...tapi yang pastinya sebelum2 ni datuk K pernah bagi hadiah harijadi jam tangan 250k, beg LV 40k...dan tahun ni....tadaaaaa......MacBook Apple sahaja...hahahaha.....

kesimpulannya: Datuk K nak suh ct nurhaliza celik IT dan merampas kembali kedudukan kepopularitiannya memandangkan telah dicantas oleh Hanis Zalikha blogger yang da terkenal tu (hahahaha..takde kene mengena..)

Sunday, January 9, 2011

HEY LADIES....TIPS/PETUA KECANTIKAN

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dandiampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanyaitu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara diamenyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

JUARA LAGU KE 25


TOLONG INGATKAN AKU-ANA RAFALLI.....juara lagu AJL 25-jubli perak tu..hahaha.RAMAI yang tak puas hati erk..hehehe..ape2 pun kita cuba selami lirik lagu ni ye kawan2.....layanssssss......




Jangan disusun kata-kata penamat

Jangan disebut baris ayat keramat

Biar lenyap diserap sunyi

Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima

Biar luka sembuh sendiri

Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa

Aku lupa


Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa

Ku teringatkanmu

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku

Kisah kita


so...what do u think????hahahaha...ok je lagu ni kan..ape2 pun tak pastilah ....adakah TV3 berpropaganda ot etc...hahahahaha...

Saturday, January 8, 2011

PJJ USM n KELAS DI SM SAINS SELANGOR

aha..jadual belajar selepas intensif suda kuar..huhu..today i'm attending my class from 8 am until 4 pm..really tired..feel sleepy n need more energy..hahahaha..sangat pelik..semakin hari semakin ramai yang tak gi kelas..arini cuma 7 org dalam kelas..terbaikkk..hahaha...ape2 pun layan je kelas tadi walaupun bored...huhu...then beli diari Islam 2011 tadi.RM 10. bagus la diari ni..ada macam2 info...terbaik...beul2 penat..takde mood nak tulis panjang2...cuma nak ucap...selamat tido..ahaha..lagi satu...blog saya da ada lagu...yeh yeh yeh...

Thursday, January 6, 2011

tudung

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”"

welkam 2011..

fuh..suda 2011..pergh..cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik meningkat lagi setahun umur aku...semakin tua rasanya...macam2 kenangan pahit,manis,sedih,pilu berlaku pada tahun 2010...semoga Allah s.w.t memberi aku kekuatan dalam meneroka hidup yang aku sendiri belum pasti bila akan berakhir..azam?herm..aku nak cuba menjadi seorang muslimah yang mulia di sisi Nya..insyaallah...