Monday, January 31, 2011

tuah ayam nampak di kaki..tuah jodoh...sapa yang tahu kan...

entri kali ini nak bercakap mengenai jodoh...ha..kadang-kadang tak pernah pun kita terfikir nak kawin dengan orang yang macam ni...macam tu....apa yang menyebabkan aku ingin menulis pasal benda ni setelah aku mendapati kawan ku yang ku kenali di FB (lelaki) bertemu dengan jodoh yang dia tidak kenali ( gadis) di arrange oleh mak dan ayah setelah pulang ke malaysia setelah tamat pengajian di ukraine..ape yang menariknya si lelaki ni (seorang doktor kini) follow je pilihan parent die...si gadis pun sama...masing2 tak mengenali diri masing2..berserah pada ketentuan Allah s.w.t katanya..dan sebagai anak yang patuh pada parent..si lelaki tanpa soal banyak terus setuju untuk bernikah dengan si gadis..sangat terkejut..boleh plak macam tu ye...tapi kita tak tau tuah kan...si lelaki memang alim..hensem gilerr(idaman ramai wanita aku kira)..baik...keje bagus...masyuk...pandai...si gadis pula rupa2nya manis...putih gebu..cantik...pandai juga (blajar kat texas) dan sekarang merupakan fello di usm penang...tuah kan..dua2 sesuai le kiranye...kepada sahabat lelaki aku...didoakan semoga hang bahagia selamanya..dan tarikh nikah 13/03/2011 mesti jadi sejarah n majlis persandingan 20/11/2011 (tarikh keramat ni)...berjalan la dengan lancar...amin


ha...agak2nya la ape pendapat korang perkahwinan yang dirancang oleh keluarga ni?tepuk dada tanye iman....renung2kanla dan selamat beramal...


Ada satu persimpangan di mana seorang anak lelaki perlu memilih pasangan hidupnya, dan sering kali ditanya dan di persoal oleh ibu dan ayahnya mengenai pasangan dan masa depan anak lelaki mereka ini.

Sekiranya anak lelakinya itu tidak menunjukkan sebarang tindakan ataupun usaha untuk berkahwin, makanya ibu dan ayahnya akan memperkenalkan kepada anak lelaki ini akan calon mereka.

Calon pilihan ibu bapa pihak lelaki ini memang di sukai dan ibu bapa kepada calon perempuan ini memang rapat dengan ibu bapa pihak lelaki ini.

Namun calon lelaki dan calon perempuan ini tidak pernah bertemu. Cumanya ibu bapa mereka berdua mempunyai 'chemestry' dan mereka memang rapat dan tiada masalah untuk menjalin hubungan yang lebih rapat yakni berbesan.

Anak lelaki ini semakin dalam dilemma ;

1. Tidak mahu mengecewakan ibu bapanya kerana ibu dan bapanya begitu bersungguh-sungguh demi melihat anaknya bahagia dengan calon mereka. Alasan mereka sekiranya ibu bapa mereka baik, sudah tentu anak dan keturunan mereka baik belaka.

2. Anak lelaki ini tidak mengenali gadis yang akan di jodohkan dan berpendapat gadis tersebut tentunya mempunyai pilihannya sendiri kerana gadis zaman sekarang memang mempunyai teman lelaki dan calon yang lebih mereka senangi dan sayangi.

3. Anak lelaki ini masih single dan mempunyai pilihan misterinya sendiri yang tidak mahu di ceritakan kepada sesiapa. (moga Allah s.w.t sentiasa memberinya petunjuk)

4. Anak lelaki ini semakin sakit kepala, apabila pertanyaannya mengenai persimpangan yang di hadapinya, kawan karibnya menasihatkan dia menerima sahaja pilihan ibu bapa sendiri kerana ia lebih berkat dan di rahmati hingga ke akhir hayat.

5. Seperti di tentukan takdir hidupnya.

6. Anak lelaki ini faham akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, mentaati kedua ibu bapanya. Gelisah tak sudah sekiranya calon pilihan hatinya sendiri tak di sukai oleh ibu bapanya. Pilihan mana yang patut di ikutinya,

Sendiri atau keluarga?

Semoga anak lelaki ini di beri petunjuk dan di permudahkan persimpangan yang di hadapinya

No comments:

Post a Comment