Thursday, February 12, 2009

wahai si suami...hehehehe


KALAU SUAMI Kalau suami mula berahsia.. Itu tandanya dia tak setia Kalau suami meninggi suara Itu tandanya dia dah ada mak we Kalau suami mengaku bujang tua Itu tandanya dia nak ngurat anak dara Kalau suami selera tak ada Itu tandanya dia nak pasang dua Kalau suami lambat balik aje Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu Itu tandanya dia dah jemu Kalau suami malam jumaat buat tak tahu Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu Kalau suami garang macam singa Itu tandanya hati dia dah tak cinta Kalau suami asyik komplen aje Itu tandanya dia dah tak suka Kalau suami mula sepak terajang ke muka Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI Jika suami sayangkan isteri Dapat gaji semua diberi Jika suami sayangkan isteri Kerja rumah rela dikongsi Jika suami sayangkan isteri Kereta diberi suami naik LRT Jika suami sayangkan isteri Duit poket diberi setiap hari Jika suami sayangkan isteri SMS dikirim tanda rindu dihati Jika suami sayangkan isteri Kongsi masalah nasihat dikasi Jika suami sayangkan isteri Diberi ciuman setiap pagi Jika suami sayangkan isteri I love U, I miss U katanya setiap hari Jika suami sayangkan isteri Isteri gemuk, dikatakan seksi Jika suami sayangkan isteri Sakit sikit selongkar laci ubat dicari Jika suami sayangkan isteri Kemana sahaja dibawa pergi Jika suami sayangkan isteri Sentiasa jujur perihal diri Jika suami sayangkan isteri Status berkahwin bangga sekali Jika suami sayangkan isteri Cintanya suci hingga ke mati

No comments:

Post a Comment