Wednesday, February 11, 2009

oh...ini rupanya kisah si luncai....


herm...selama ini aku terfikir2 kenapa la si luncai tu dikaitkan dengan labu..(kegemaran aku tu la)..hehe..setelah aku mencari akhirnya terjumpa la buku Buku 'Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia', diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said.Alkisah..-Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda.
Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.
Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?"
"Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu.
Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi.
"Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"
Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. "
Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!"
Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.
Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.
luncai....luncai...:)

No comments:

Post a Comment